Assalamualaikum

"Dengan menyebut nama Allah Yng Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum sahabat-sahabatku,

Selama 22 tahun saya bernafas,
baru semalam saya mengetahui dari roomate serta housemate saya mengenai makhluk halus yang sentiasa mendampingi kita senjak kita dilahirkan hinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir..

Pada mulanya,
agak terkejut jugak bila saya tahu mengenai perkara ini. Sebab masa say sekolah dulu, tidak pernah sama sekali ustaz dan ustazah say mention tentang bab-bab ini..Even parents saya pun tidak pernah.Agak kelakar kan kawan-kawan? Huhuhu :D

Qarin !
itulah nama syaitan yang diberi Oleh Allah SWT untuk kita semua..Qarin ini dalam senyap-senyap menyesatkan dan memberi jalan yang hitam kepada semua..Tanpa saya membuang masa, saya pon meng"search"lah dalam Uncle Google mengenai qarin ini.Dan hasilnya sangat tidak mengewacakan dan saya berpuas hati dengan penerangan di dalam blog tersebut..

Marilah kita sama-sama membaca artikel yang saya peroleh dari blog keislaman...
sama-sama kita merenung dan mendapat "something" dari apa yang kita baca dan faham.. InsyaAllah :)

Berdasarkan nash-nash yang sahih, bahawa setiap manusia itu sejak dilahirkan disertakan dengan 'qarin'. Qarin bermakna teman atau pendamping. Iaitu yang akan menemaninya sejak seseorang itu lahir hinggalah tarikh kematiannya. Qarin ini adalah dari golongan jin (syaitan). Qarin ini sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Perkara ini terdapat di dalam sebuah hadis riwayat Muslim

"Tiada seorangpun dari kalangan kamu kecuali ada diturut sertakan dengan qarinnya dari jin" Mereka bertanya, "Engkau pula wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Ya aku juga, cuma Allah telah membantuku terhadapnya,lalu dia Islam, dia tidak akan menyuruhku kecuali kebaikan"

Jin merupakan sejenis roh yang berakal, berkehendak dan dibebani dengan syariat sebagaimana manusia (mukallaf). Bezanya dengan manusia ialah jin tidak terbentuk dari unsur-unsur kemanusiaan (rupa bentuk kasar manusia). Mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mereka juga mampu membentuk diri mereka dengan pelbagai jenis rupa. Asal kejadian mereka adalah dari api.

Jin adalah makhluk yang tidak tidak diberi pengetahuan tentang alam ghaib. Seperti mereka tidak tahu apakah yang akan berlaku hari-hari mendatang, dan sebagainya.blis dan syaitan.
Iblis 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikkan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kjahatan dan kerosakkan.Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.

Proses menurun,bukanlah memanggil roh tetapi qarin (tanasukh arwah).
Sebagaimana penjelasan diatas tadi bahawa setiap manusia akan disertakan dengan qarin dari kalangan jin (syaitan). Ia akan mendampinginya dari sejak lahir hinggalah mati.

Setiap qarin mempunyai kemampuan untuk meniru tuannya dari banyak sudut seperti suara, gaya, rupa lahiriah, malahan yang batin juga.

Sebahagian dari manusia menjalinkan hubungan dengan qarinnya. Dia mendapat berita dan maklumat yang kononnya maklumat ghaib dari qarinnya melalui 'rasa', yang seolah-olah seperti ilham. Adakalanya melalui suara, tetapi tidak dapat dilihat yang empunya suara. Dan ada juga qarin ini membantu tuannya melakukan kerja-kerja tertentu. Dengan bantuan tersebut, kerja yang berat menjadi ringan.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa di alam sejarah Melayu ada amalan yang dinamakan menurun. Iaitu kononnya menghadirkan roh orang yang telah mati ke dalam jasadnya atau jasad seseorang. Ada juga dengan cara yang lain. Tidak kiralah bagaimana sekalipun caranya, namun yang hadir itu bukanlah roh yang dimahukan tetapi ia adalah jin atau syaitan. Ketika menurun, orang yang berada di hadapannya seolah-olah bercakap dengan roh manusia yang telah mati.

Contoh, Mr A mahu menurun dan memanggil roh si B yang telah mati tahun lalu, beberapa minit kemudian masuklah roh B ke dalam jasad Mr A. Maka berubahlah perlakuan Mr A. Suaranya berubah menjadi suara B. Orang-orang yang hadir ketika itu akan bertanyakan beberapa soalan mengenai B.B itu akan menjawabnya dengan betul. Dan B menceritakan satu persatu mengenai dirinya semasa hidup. Setelah itu, para hadirin akan yakin bahawa itu adalah roh B. Dengan keyakinan itu, para hadirin akan mula mengemukakan soalan yang biasanya bersangkutan dengan perkara ghaib dan akan datang. Roh si B akan menjawabnya satu persatu.

Berdasarkan penjelasan mengenai ciri-ciri qarin, maka jelaslah kepada kita bahawa contoh di atas dipenuhi dengan seribu satu macam pendustaaan dan kekaburan. Roh yang ke jasad Mr A bukanlah roh B, tetapi roh qarinnya. Sebab itu dia dapat meniru suara Mr A tanpa ada kelainan serta dapat menceritakan perihal dirinya semasa hidup tanpa gugur sepatah huruf pun.Mengenai jawapan-jawapan yang diberikan mengenai perkara ghaib, adalah dusta dan bohong semata-mata. Kerana jin dan syaitan tidak tahu tentang perkara ghaib. Dan roh manusia setelah mati tidak dapat melakukan pendustaan sama sekali!! Bukankah mereka ketika itu sudah berada di dalam negeri kebenaran (Darul Haq)?

Penipuan ini berlaku hanya di atas nama manusia-manusia selain dari para nabi sahaja. Syaitan boleh menipu dengan meniru suara atau rupa gaya manusia, tetapi tidak pada para nabi.Mereka tidak boleh menirunya.

Roh pula merupakan suatu rahsia yang menakjubkan. Manusia tidak diberi pengetahuan mengenainya kecuali sedikit sahaja. Hakikat roh hanya diketahui oleh Allah sahaja. (lihat firman Allah, surah al-Isra' ayat 85)

Roh-roh (arwah) itu terdiri dari beberapa tahap alam, iaitu malaikat, jin, manusia dan binatang-binatang.

Para malaikat adalah makhluk yang bersifat taat. Mereka tidak mengingkari perintah Allah, mereka melakukan sesuatu terhadap apa yang diperintahkan sahaja. Oleh itu, mana-mana makhluk tidak dapat menguasainya (control). Mereka pula tidak dapat secara langsung menolong manusia atau sesiapa sahaja kecuali dengan perintah Allah. Perkara ini pernah berlaku kepada Rasulullah SAW di mana baginda meminta agar Malaikat Jibril mendatangi baginda lebih kerap. Tetapi Jibril berkata, "aku tidak akan turun kecuali dengan perintah Tuhan engkau"

Berdasarkan penjelasan di atas, bahawa tidak boleh sama sekali seseorang manusia itu memanggil, mendatangkan salah seorang dari para malaikat Allah. Kerana mereka tidak dapat dipanggil-panggil, atau dikawal.

Bagaimana dengan roh manusia pula? Roh manusia selepas kematiannya, tiada seorang pun yang mengetahui tempat duduknya kecuali Allah sahaja. Sekalipun terdapat hadis-hadis yang menjelaskan bnahawa roh-roh orang yang mati boleh mendengar, boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, dapat merasa nikmat dan siksa kubur, malahan dapat menjawab salam, namun pada hakikatnya kita tidak tahu di manakah roh itu berada. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dan roh-roh ini tidak akan kembali ke jasad kecuali pada hari kebangkitan nanti (lihat al-Quran, surah Al-Mukminun 99-100)

Berdasarkan penjelasan di atas, adalah tidak boleh sama sekali bagi seorang manusia itu menguasai (mengawal) roh orang mati atau menghadirkannya (seperti menurun dan sebagainya) dan bercakap-cakap dengannya.

Walabagaimanapun, boleh berlaku perhubungan antara manusia yang hidup dengan roh orang mati tanpa penguasaan terhadap roh berkenaan,iaitu melalui mimpi. Mimpi tersebut bukanlah dari usaha iktiar manusia, juga tiada di dalamnya bentuk kawalan terhadap roh.

Wallahu'alam


L/S: Sudah jatuh hati pada lagu SHINEE-Ring ding dong..Besh bangat! hahahaa :-D

0 comments: