Assalamualaikum

"Dengan menyebut nama Allah Yng Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Salam Semua....

Posting kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang bukan islam yang mendapat hidayah untuk menerima Islam sebagai cara hidup dan kemudian istiqamah meneruskan perjuangan Rasullullah SAW untuk berdakwah dan juga membuktikan jika Allah mengkehendaki dan memberikan hidayahNYA kepada hamba2NYA yang dipilih yang mustahil pada pandangan kasar kita tetapi tiada yang mustahil bagi Allah..


Saya sangat mengagumi Ustaz Farid Ravi Abdullah kerana sebaik sahaja memeluk islam beliau begitu bersungguh2 mendalami agama Islam dan akhirnya berjaya menjadi antara penceramah yang sangat disegani kerana mampu menghafaz Al-Quran, memahami bacaan Al-Quran dan mempraktikkan ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi SAW dengan penuh istiqamah dan kini menyampaikan pula ilmu itu kepada orang-orang islam yg lain...
(agak malu kerana saya sendiri sebagai seorang muslim yg dilahirkan sebagai islam belum mampu menjadi sepertinya..sangat-sangat kagum akan keperibadian beliau..)

Mari kita sama-sama berkenalan dengan insan yang hebat ini

USTAZ MOHD FARID RAVI ABDULLAH



Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdul­lah adalah saudara baru per­tama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Ke­bangsaan ke-51 yang lalu. Be­liau yang sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang di­siarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beliau memeluk Islam pada tahun 1990 dan melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Ma­laysia.


Farid yang dulunya dikenali sebagai Jasiah Ravi A/L Jacob telah memeluk Is­lam pada 20hb November 1989.


Menceritakan kisah pengislaman­nya, menurut Farid beliau amat terhuta­ng budi dengan keluarga angkatnya iai­tu keluarga Tuan Haji Hashim (ketika itu seorang anggota polis yang berpangkat sarjan) dan Hajjah Saerah dari Kg. Tan­jung Sg Choh.


"Mereka telah mendorong saya untuk menuju ke arah yang benar. Do­rongan dan galakan yang diberikan oleh keluarga angkat saya ini tidak akan dilu­pakan sehingga ke akhir hayat. Mereka telah memberi layanan yang baik kepa­da saya Seolah-olah saya anak mereka sendiri.


"Sungguh mengharukan lagi selain dilayan baik saya juga pernah tidur ber­sama keluarga ini semasa saya kecil," ujarnya mengenang kembali detik beliau mula mengenali Islam.


Beliau sebenarnya telah tertarik dengan agama Islam semenjak beru­sia sepuluh tahun lagi. Ketika di bangku sekolah apabila tiba waktu pendidikan Islam, beliau lebih berminat mengikuti­nya berbanding mengikut kawan-kawan seagamanya.


"Saya akan masuk kelas agama ker­ana tertarik dengan cara penyampaian ustazah," kata Farid.

"Semenjak kecil lagi saya suka men­dengar lagu irama padang pasir teruta­manya nasyid sehinggakan ibu mema­rahi saya kerana suka mendengar lagu tersebut," ujarnya gembira.

Cabaran dan Perjuangan



Farid mengakui, kawan-kawan juga mempunyai jasa yang besar mendorong­nya tertarik kepada agama Islam, teru­tama sahabatnya Hisyam bin Basri yang banyak membimbing beliau ke arah Is­lam. Berkat bimbingan tersebut, ketika berusia 11 tahun beliau berjaya memba­ca surah Al-Fatihah dan menjawab Azan. Ketika beliau berusia 18 tahun, hatinya se­makin memberontak dan akhirnya di ha­dapan Ustaz Kadir Chong beliau melafaz­kan dua kalimah syahadah di ibu pejabat PERKIM Kuala Lumpur .
Dalam usaha mencapai kejayaan seperti yang dinikmati hari ini, pastinya banyak rintangan yang terpaksa ditem­puh.
Tentangan keluarga adalah halangan yang paling besar dalam hidupnya. Beliau telah kematian ayah semasa berusia empat bulan di dalam kandungan ibunya. Ke­hidupan tidak berayah menjadikan beliau matang menghadapi kesusahan hidup.
Sebagai keluarga yang meme­luk agama Kristian, mengunjungi gereja adalah satu kernestian. Masih bermain di ingatannya ketika kecil beliau telah dipak­sa minum. air 'Holy Water' dan kemudian dipaksa menyebut satu perkataan. Tetapi beliau enggan dan membantah.
Beliau juga telah diancam oleh saudaranya untuk memutuskan hubun­gan kekeluargaan jika dia memeluk agama Islam. Dihalau dan diancam untuk dipu­kul adalah perkara. biasa. Keluarganya juga mengatakan tindakannya memeluk Islam akan mencemarkan nama baik keluarga.
Namun segala halangan ini tidak me­matahkan semangat Farid. Perjuangan tetap diteruskan.
Terlalu banyak sebenarnya halangan untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup. Namun Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang pada hambanya sekiranya bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang Allah SWT limpahkan.
Perebutan Jenazah: Wujudkan Peraturan yang Memudahkan
Langkah kerajaan memperkenal­kan peraturan mewajibkan mere­ka yang ingin memeluk agama Islam mengisytiharkan perkara itu secara ter­buka menurut pensyarah di jabatan al Quran dan al Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd. Farid Ravi Abdullah, peraturan itu mampu menyelesaikan banvak ma­salah terutama kes-kes perebutan jen­azah seperti yang pernah berlaku sebe­lum. ini.
Menurutnya dalam konteks ma­syarakat majmuk, Malaysia sepatutnya mempunyai peraturan seperti itu atas tujuan untuk memelihara keharmoni­an antara kaum serta agama di negara ini.
"Saya percaya rakyat maklum den­gan kejadian yang berlaku ke atas Alla­hyarham Sarjan M Moorthy atau nama Islamnya Mohamad Abdullah, bebera­pa tahun lalu.
"Kita tidak mahu kejadian ini ber­laku sekali lagi. Dengan peraturan ini, saya percaya masalah perebutan jen­azah dapat kita elakkan," katanya.
Ketika ditanya mengenai pengal­amannya memeluk Islam, Mohd Farid Ravi berkata, beliau memberitahu ke­luarganya selepas seminggu memeluk Islam.
"Pada mulanya mereka memban­tah tetapi akhirnya mereka menerima pengislaman saya melalui akhlak dan sikap saya terhadap semua anggota ke­luarga saya.
"Mereka akhirnya menerima haki­kat yang saya telah menganut Islam," katanya lagi.
Ketika ditanya kemungkinan saudara baru akan diugut oleh keluarga mereka, beliau berkata, mereka dilind­ungi oleh undang-undang dan tidak se­harusnya merasa hidup dalam ketaku­tan selepas memberitahu pengislaman masing-masing.
Mengulas lebih lanjut Farid menjelaskan, tujuan peraturan itu adalah untuk mengelakkan konflik dar­ipada terus berlaku terutama mereka yang menganut Islam secara sembunyi.
"Cadangan ini pernah disuara­kan pada satu masa dahulu dan akh­irnya kerajaan bersetuju untuk melak­sanakannya demi perpaduan rakyat pelbagai kaum," ujarnya.
Katanya, langkah mengisytihar­kan pengislaman juga boleh mengelak­kan fitnah di dalam masyarakat dan dalam masa sama, saudara baru terli­bat dapat menjalankan ibadat dalam keadaan selesa.
"Bagi saya jika seseorang itu tidak mahu mengisytiharkan yang dia telah memeluk Islam, akhirnya akan meny­usahkan masyarakat terutama jika berlaku kematian.
"Yang pasti akan berlaku perebut­an jenazah antara jabatan Agama Islam dengan keluarganya yang bukan Islam. Bukankah ini satu perkara yang meny­usahkan dan perkara-perkara seperti ini yang perlu kita elakkan supaya tidak timbal fitnah," tambahnya.
Berakhir sudah saya memaparkan kisah suka dan duka Ustaz Ravi sebagai saudara baru dalam islam..Alhamdulilah bersyukur kepada Allah kerana memberi hidayah kepada Ustaz Ravi untuk memeluk agama islam..Saya akui yang memang susah seseorang itu yang telah membesar dengan agama nya tapi bila kita bersungguh-sungguh untuk ke jalan yang benar,InsyaAllah perkara yang kita anggap susah itu akan dipermudahkan oleh Allah....
Allah SWT telah menjanji kepada umat-umat-Nya bahawa bagi sesiapa yang memeluk agama islam,dosa-dosa akan terhapus dan bersih seperti bayi yang baru dilahirkan...
Dan agama islam juga bukanlah agama paksaan...Itulah Firman Allah dalam Al-Quran....
Sesetengah individu itu memeluk islam bukan kerana hatinya berpaut kepada Agama Islam itu sendiri tetapi hanya ingin mendirikan rumah tangga...
Kalau kita memeluk islam hanya kerana kahwin,hukumnya adalah HARAM sama sekali...Kerana niat nya hanya untuk kahwin..Kita semua bimbang akan kalo dia bercerai kelak dia akan kembali kepada agama asalnya..Jika memeluk islam kerana Allah,InsyaAllah agama islam akan berpaut dihatinya buat selama-lamanya....
InsyaAllah...Yakin lah Pada Allah...Tiada Tuhan selain Dia...Allah SWT maha berkuasa....Takutlah kita kepada-Nya...
Oklah akan kita berjumpa lagi pada post yang akan datang InsyaAllah...
Wassalam....
p/s:Maaf sahabat...saya pon tak tau pasai pa jadik mcm nie..bersambung-sambung perenggan pulak...dah wat pelbagai cara tapi tidak berhasil..Maaf ya....

1 comments:

Salam singgah. Saya ada memberi link artikel ini untuk blog saya. Boleh singgah=)

AkuMuzikFilem

http://akumuzikfilem-atari.blogspot.com/2011/02/dilema-meletakkan-nama-anak-bolehkah.html