Assalamualaikum

"Dengan menyebut nama Allah Yng Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Salam semua...

Disini saya ingin berkongsi dengan para sahabat mengenai satu artikel yang baru sahaja saya terima melalui Email dari seorang rakan saya di MMU nie..

InsyaAllah..Mudah-mudahan kalian semua mendapat manfaat selepas membacanya...

***********************************************************************************
Apakah dalil disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan?

Sabda Nabi s.a.w.

Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa”

(Hadith Riwayat oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan;

“Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;

1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.

2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.

3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.

(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)


Dari Aisyah r.a :

Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:

”Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”.

(Muslim)

Huraian

1. Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah,doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.

2. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.

3.Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

4.Di samping puasa wajib kita juga dianjurkan berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban yang banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan.

************************************************************************************

PUASA SUNAT (ISNIN DAN KHAMIS)

Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?

Pertama;
diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;

“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”

(Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua;
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;

“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa”

(Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga;
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab;

“Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku”

(Hadis riwayat Imam Muslim).

************************************************************************************

sumber: http://fiqh-am.blogspot.com

Saya harap selepas kalian semua sudah membacanya,mudah-mudahan kita dapat melakukan puasa sunat walaupun sehari pon....

Tidak dinafikan banyak jugak jawapan yang sering saya terima mengenai puasa sunat nieh... Diantara jawapan paling-paling famous yang saya terima ialah "Tak tahan tengok orang makan", "Bulan ramadhan boleh posa sebab semua orang posa" dan etc....

Tapi semua alasan itu tidak menjadi penghalang untuk kita untuk mendapatkan pahala yang cukup banyak dari Allah SWT...

Oklah..saya ada ''Tips" bek punya (bak kata Dafi AF..hehehe..)bagi kalian yang ingin berhijrah untuk membuat kebaikan..

i-Yang paling penting skali Jaga Niat..
Kerana niat nie memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan kita...Jangalah kita posa sebab nak kurus la...nak jimat duit la...ETC.... kalo boleh janganlah macam tuh...Kita posa Kerana Allah SWT dan mengharapkan keredhaannya serta pahala dari-Nya...InsyaAllah...

ii-Cuba kita posa satu hari...
Dulu pun tidak dinafikan saya jugak agak sukar untuk berpuasa hari lain selain drp Bulan Ramadhan...Alhamdulilah..Berkat teguran dari kedua ibu bapa saya,saya bermula puasa sunat pada Isnin dahulu...Bila saya berjaya puasa satu hari,saya cuba untuk berpuasa pada hari khamis pula....

Pengalaman yang tak dapat saya lupakan bila saya berjaya berpuasa sunat pada Bulan Syawal..Iaitu Puasa 6...Ya Allah,tak bohong saya pada semua sahabat saya...Keseronokkan dpat menghabiskan ke-enam-enam harinya memang tidak dapat digambarkan...Bila nak buka posa tu,saya dapat rasakan kenikmatan yang berbeza dengan hari-hari lain...Bila buka posa dengan family sekali....

Saya masih ingat dimana Puasa 6 buat kali pertama saya berjaya mendapatkan pada tahun 2006..Pada tahun 2006 tak silap saya lah waktu saya Form 4..Memang waktu tu takda perasaan nak puasa..Al-maklumlah baru ja lepas Posa Ramadhan..Tetapi Ibu dan Bapa saya beri galakan kepada saya...

Alhamdulilah...Saya mengamalnya sehinggalah sekarang....Jika saya boleh anda pasti lagi boleh...Betul tak???

Saya rasa itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan walaupon tidak seberapa sangat...Hanya berbekalkan pengalaman sahaja yang dapat saya kongsikan yang sepanjang saya bernyawa...

Marilah sahabat-sahabatku...Marilah kita berubah/berhijrah kepada yang lebih baik...Keaadaan dibumi belum tahu lagi bila akan lenyap...Esok kita tidak pasti lagi sama ada kita masih bernyawa atau tidak....

Tidak kah anda semua terfikir sejenak,Jika esok kita masih bernyawa InsyaAllah kita masih boleh bertaubat serta mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar...

Andai kata esok kita telah dijemput oleh Allah SWT untuk menghadap-Nya...Apakah bekalan yang boleh kita bawak selain daripada doa kedua ibu bapa kita??? Mestilah kan amalan-amalan sampingan @ amalan-amalan wajib dan sunat kan???

Berfikirlah sejenak wahai Sahabat-sahabat ku...

Nak seronok sekejap sahaja...Tapi bila masa bersedih tu memang berpanjangan...

Marilah kita sama-sama berebut pahala daripada Allah SWT ketika kita masih muda,kuat dan nyawa masih ada...

Wallahu'alam...

Wassalam